Jawapan tidak relevan kepada persoalan yang ditanya

Datuk Seri Mukhriz Mahathir menempelak perjalanan Perhimpunan Agung Umno yang setakat ini menurutnya memberikan “jawapan tidak relevan” kepada “persoalan-persoalan yang ditanya”.

Bercakap pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengerusi badan perhubungan Umno Kedah itu menggunakan perkataan “bengap” bagi menggambarkan individu yang gagal memberikan jawapan tepat kepada soalan.

“Jadi itulah masalahnya tuan-tuan. Soalan ditanya tetapi jawapan diberikan tak relevan dengan soalan.

“Jadi tak berapa gunalah kalau kita kata dia ini bengap atau apa. Tanya soalan yang sama berulang-ulang kali. Yalah, soalan yang sama ditanya berulang kali sebab jawapan diberi tak menepati soalan tersebut,”

Walaupun tidak menunjukkan perumpamaan itu kepada mana-mana isu, ucapan Mukhriz itu disampaikan ketika Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih gagal menjelaskan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

 

source: The Malaysian Insider

Advertisements
Posted in jijik, najib, zahid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats
  • 356,123 hits
Pages
December 2015
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: